ADSENSE Link Ads 200 x 90
ADSENSE 336 x 280
Tarikh 3 Ramadan menjadi hari kelam bagi umat Islam setelah puteri kesayangan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam kembali ke sisi Allah Subhanahu Wata'ala.
Siapakah puteri yang dimaksudkan? Dia adalah Fatimah Azzahra
Fatimah binti Muhammad bin Abdullah meninggal di kota Madinah pada tanggal 3 Ramadhan tahun 11 Hijriyah, atau enam bulan selepas wafatnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam.
Pada umur 15 tahun 5 bulan Sayyidah Fatimah dinikahkan oleh Nabi Muhammad dengan Ali bin Abi empat bulan setengah selepas kemenangan umat Muslimin di perang Badar.
Dari pasangan ini Nabi Muhammad dikaruniai cucu yang kita kenal saat ini dengan Hasan dan Husein.
Para ulama berbeza pendapat mengenai berapa umur sebenarnya Sayyidah Fatimah Az Zahra ketika meninggal dunia? Ada yang mengatakan bahawa beliau meninggal dunia pada umur 27, 28 dan 29 tahun.
Tahkim Antara Ali Dan Muamiyah
Setelah perang besar antara Ali Radiyallahu 'anhu dengan Muawiyah yang menewaskan antara 50 hingga 70 ribu sahabat dan tabiin akibat salah faham setelah terjadinya pembunuhan Usman, akhirnya kedua belah pihak sepakat untuk mengadakan perdamaian yang dicadangkan oleh Sahl bin Hanif.
Pada tarikh 3 Ramadhan kedua-dua belah pihak yang bertelagah sepakat untuk menghantar delegasinya untuk membicarakan usaha perdamaian damai.
Pada masa itu Ali mengutus 400 orang delagasinya yang dipimpin oleh Abu Musa, dan pihak Muawiyah mengirim delagasinya yang diketuai oleh Amr ibn 'Ash.
Usaha perdamaian tersebut berakhir dengan Ali bin Abi Talib tetap menjadi Amirul Mukminin meliputi wilayah Hijaz, Iraq, Yaman, dan Mesir, sedangkan Muawiyah tetap menjadi pemimpin di wilayah Syam. (Almasryalyoum / Ram)
sumber eramuslim.com
0 Response to "Sejarah Tarikh 3 Ramadan"
Posting Komentar