ADSENSE Link Ads 200 x 90
ADSENSE 336 x 280
Ramai yang tidak tahu, tarikh 8 Mei 2017 merupakan detik bersejarah. Ini merupakan detik-detik 25 tahun penyerangan bandar kecil bernama Shusha. Sebuah bandar yang didominasi oleh warga Azerbaijan yang berada di kawasan Nagorno-Karabakh di negeri berpenduduk Muslim, Azerbaijan.
Tepat hari ini pada tahun 1992, angkatan bersenjata Armenia merebut Bandar Shusha, mereka membunuh dan melumpuhkan beratus-ratus orang awam Azerbaijan yang tidak berdosa, mengusir seluruh penduduk kota, serta menghancurkan, membakar dan menjarah banyak monumen bersejarah dari kebudayaan Islam.
Bandar Shusha dibina oleh seorang pemimpin Muslim bernama Panah-Ali Khan Javanshir. Sejak pertengahan abad ke-18, susha didaulat sebagai ibu kota Karabakh Khanat di Azerbaijan. Bandar Shusha dianggap sebagai tempat lahirnya muzik, budaya dan sastera Azerbaijan.
Tokoh budaya Azerbaijan terkemuka yang berasal dari bandar ini antara lain, Uzeyir Hajibayov (komposer opera Muslim pertama); Bul Bul (pengasas opera vokal Azerbaijan); Jabbar Garyaghdy (Seniman Mugham Azerbaijan); Penyanyi Rashid Behbudov; Komposer Ashraf Abbasov, Suleyman Aleskerov, Fikret Amirov, Farhad Badalbeyli, Seyid dan Khan Shushinski, penulis Abdurrehim bey Haqverdiyev dan Najaf bey Vezirov; dan penyair Muslim Khurshudbanu Natavan.
Perebutan kota Shusha merupakan fasa penting dalam pelaksanaan dasar tentera Armenia mengenai pendudukan tentera dan pembersihan etnik Azerbaijan. Hal ini mengakibatkan, kira-kira 20% wilayah Azerbaijan yang diiktiraf secara antarabangsa (di wilayah Nagorno-Karabakh dan tujuh daerah yang berdekatan) telah diduduki dan hampir 750,000 warga Azerbaijan diusir.
Ditambah dengan lebih daripada 250,000 pelarian Azerbaijan diusir dari Armenia, jumlah warga Azerbaijan yang secara paksa diusir dari tanah leluhur mereka mencapai lebih dari 1 juta orang. Akibat serangan di Bandar susha, symbol-simbol keislaman seperti masjid menjadi ternodai. Pasukan Armenia menistakan rumah ibadah umat Islam di kota tersebut dengan cara mengubah fungsinya sebagai kandang haiwan ternakan, seperti lembu dan babi.
Bandar susha diduduki pasukan Armenia selepas mereka melakukan pembunuhan beramai-ramai di bandar Khojali. Sebulan selepas menakluk Khojali, pasukan gabungan Armenia melancarkan serangan ke Bandar Shusha. Pertempuran berlangsung sengit.
Pasukan Azerbaijan yang dibantu oleh militia mujahidin Chechnya melawan sekuat tenaga, namun mereka gagal membendung pergerakan pasukan gabungan Armenia yang dibantu oleh kereta kebal & helikopter sehingga bandar tersebut pun akhirnya jatuh ke tangan pasukan gabungan Armenia-NK. Tak lama kemudian, pasukan gabungan Armenia juga berjaya merebut kota Lachin di dekatnya sekaligus mengamankan jalur darat antara kawasan Nagorno Karabagh dengan Armenia.
Pasukan Azerbaijan yang selama ini berada dalam kedudukan tertekan akhirnya melancarkan serangannya pada bulan Jun 1992 untuk merebut kembali seluruh wilayah Karabagh. Di Ambang bermula ketika pasukan Azerbaijan melancarkan serangan besar-besaran dari utara & selatan dengan mengerahkan kereta kebal, helikopter, & ribuan anggota tentera. Kesulitan kerana dikeroyok dari 2 arah sekaligus oleh pasukan Azerbaijan, pasukan gabungan Armenia-NK dipaksa berundur sehingga serangan pasukan Azerbaijan tersebut berakhir dengan jatuhnya wilayah timur NK ke tangan Azerbaijan.
Konflik antara Armenia dengan Azerbaijan sempat reda pada akhir tahun 1992 berikutan musim sejuk yang mendera kawasan tersebut, namun konflik kembali menjadi panas di tahun berikutnya. Bulan Januari 1993, pasukan Armenia melancarkan serangan ke wilayah NK utara yang sudah dikuasai oleh pasukan Azerbaijan sejak pertengahan tahun 1992. Serangan tersebut berbuah manis bagi kubu Armenia kerana usai serangan tersebut, sebahagian wilayah utara NK berjaya dikuasai kembali oleh kubu Armenia.
Pendudukan dan pengusiran etnik Azerbaijan ini dikecam oleh masyarakat antarabangsa, termasuk Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa, (Resolusi 822, 853, 874, dan 884) yang menuntut "Penarikan segera dan tanpa syarat semua pasukan Armenia dari semua wilayah yang diduduki" di Azerbaijan. Namun, dengan adanya sokongan tentera dan ekonomi dari pihak luar, Armenia mengabaikan tuntutan tersebut dan memfokuskan usahanya dalam mengukuhkan akibat daripada pendudukan tersebut.
Pendudukan haram yang terus berlanjutan di wilayah Shusha dan wilayah Azerbaijan lain, serta situasi membimbangkan dari warga awam Azerbaijan yang diusir dari kawasan tersebut menjadi peringatan bagi masyarakat antarabangsa untuk secara efektif mendorong terciptanya keadilan, yang hanya boleh berlaku selepas pendudukan tersebut berakhir dan warga yang mengungsi dibenarkan untuk kembali ke rumah mereka.
Demi masa depan bangsa Armenia sendiri, sekaranglah masanya bagi pemimpin negara tersebut untuk menunjukkan kenegarawanannya dengan menamatkan 25 tahun tindakan pencerobohan yang berlaku di negara jirannya di Azerbaijan. Mereka perlu secara serius dan konstruktif melibatkan diri dalam rundingan damai. Tak hanya itu, negara-negara Muslim perlulah juga turut turun bahagian dalam pentas politik antarabangsa untuk memberikan sokongan kepada Azerbaijan. Hal tersebut merupakan tindakan yang diperlukan dan merupakan hak dari bangsa Armenia, Azerbaijan, dan juga seluruh warga di wilayah tersebut.
sumber islampos.com
0 Response to "Peringatan 25 Tahun Peristiwa Pendudukan Kota Shusha: Ketika Masjid Jadi Kandang Khinzir"
Posting Komentar